| Follow || Dashboard |
//Pink Is Sweet
Dates That Need To Remember !
Wednesday 12 December 2012 | 07:28 | 0 Talking ♥
Bismillahirrahmanirrahim ..
Assalamualaikum ..

Pejam celik , pejam celik tinggal hampir seminggu je lagi untuk tibanya tarikh 19 Disember 2012 . Tarikh yang boleh membuatkan semua pelajar - pelajar bekasan PMR 2012 luruh jantungnya . Debaran kian terasa seakan - akan jantung kini berada di luar kawasannya . Tarikh di mana menentukan permulaan kehidupan seseorang pelajar . Tarikh yang akan menimbulkan pelbagai emosi . Sedih , gembira , marah , kesal , bersyukur . Ada yang menangis . Menangis kegembiraan , menangis kekesalan . Melompat kegembiraan . Tarikh di mana akan keluarlah keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2012 .

Tik ! Tok ! Tik ! Tok ! Masa yang telah berlalu , tidak dapat di undur . Peristiwa yang telah berlaku , tidak dapat diulang kembali . Hanya mampu disimpan dalam sanubari agar menjadi penghibur di kala sunyi . Tatkala bergembira , berduka , waktu berjalan tanpa menunggu . Debaran demi debaran . Debaran yang kian kencang kini menguasai diri . 19/12/12 merupakan tarikh ambil keputusan . 31/12/12 merupakan tarikh pendaftaran . Maka , bermulalah pengalaman baru sebagai pelajar Tingkatan 4 2013 pada tarikh 1/1/13 . Sekejap je , kan . Lebih kurang dua minggu je lagi . Let me highlight that . DUA MINGGU .

Bila disingkap kembali kenangan pahit manis sepanjang berada di sekolah , semuanya amat kurindui . Telah banyak yang telah kupelajari . Erti kehidupan , erti kekeluargaan , erti persahabatan dan yang paling penting , erti percintaan . Percintaan di sini , bukan bermakana mencintai insan sesama insan . Namun , mencintai Yang Maha Esa . Kenapa aku cakap macam tu ? Sebab , aku yakin . Ada dalam kalangan kita yang dulunya tidak pernah mengambil berat tentang dosa pahala , kini mampu berfikir baik buruknya . Alhamdulillah . Allah telah memberikan hidayah dan petunjuk kepada meraka untuk berfikir secara matang . Untuk kembali ke jalan yang benar . Alhamdulillah .

Alhamdulillah . Aku bersyukur . Mudah - mudahan perkara lalu , tidak berulang kembali . Well , like others said , learn from mistakes . Jadikan kesalahan itu sebagai sebuah pengalaman . Pengalaman yang boleh dijadikan sebagai satu pengajaran untuk terus tidak melakukan kesalahan yang sama . Terima kasih Allah atas kurniaan-MU .

"Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim ! Ya Azizul ! Ya Alim ! Kami mohon kepada MU agar diampunkan dosa - dosa kami , dosa kedua ibu bapa kami , dosa guru - guru kami , dosa rakan - rakan kami , dosa seluruh muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia . Ya Allah ! Engkau kurniakanlah kepada kami sebuah kejayaan yang cemerlang . Engkau kurniakanlah kejayaan di dunia dan di akhirat . Kami mohon kepada - MU . Hanya kepada - MU kami berserah . Amin .."

Mudah - mudahan kita semua mendapat kejayaan yang cemerlang nanti ;>

Older PostNewer Post
♥ Disclaimer ♥


A person that has a name of Athierah :)



♥ Credits ♥

Skin By //SuhailaRoslan